1.0
Pengenalan
Setiap
manusia yang lahir di dunia ini memerlukan keperluan asas untuk kelangsungan
hidup dan menjalani beberapa keperluan yang lain agar kehidupan yang dijalani
dapat dinikmati dengan lebih baik. Umum mengetahui bahawa, terdapat beberapa
keperluan asas untuk hidup yang sangat penting kepada benda-benda hidup iaitu
manusia, haiwan dan tumbuhan. Antara keperluan asas yang diperlukan untuk hidup
ialah makanan, air, tempat tinggal dan udara. Dalam hal ini, saya ingin
mengupas salah satu daripada keperluan asas yang begitu penting untuk manusia
tetapi agak kurang dititikberatkan iaitu air. Air merupakan salah satu sumber
yang cukup penting kepada semua benda yang hidup kerana secara zahirnya tubuh
badan manusia terdiri daripada air. Oleh yang demikian, manusia memerlukan
sumber air yang bersih untuk kelangsungan hidup seperti minum, proses membuang
air, mencuci pinggan mangkuk dan seumpamanya.
Namun demikian, manusia di era mascapada
kini kurang kesedaran diri mengenai sumber air yang mereka gunakan samada bersih
ataupun tidak.Tidak dapat dinafikan bahawa sumber air pada masa kini agak
kurang bersih kerana kebanyakan air yang ada telah tercemar dengan bahan-bahan
terbuang dan bahan toksik. Namun, air tersebut boleh dirawat untuk kegunaan
yang seterusnya tetapi kadangkala air tersebut tidak diberi rawatan dan terus
diberikan kepada pengguna dan telah mengakibatkan penyakit-penyakit yang tidak
diingini menjangkiti pengguna. Oleh yang demikian, kita sebagai pengguna
perlulah memupuk kesedaran diri untuk menggunakan air dengan cermat tanpa
membuat pembaziran. Jika kita lihat dengan lensa mata yang lebih luas, orang
kaya mampu mendapatkan sumber air dengan begitu mudah dan menggunakannnya tanpa
memikirkan kesan pembaziran yang telah dilakukan.
Tidak sama dengan insan yang kurang
bernasib baik di negara lain. Misalnya, di negara India mereka perlu berjalan
sedikit untuk mendapatkan air dan sumber air itu juga kurang bersih. Dengan
itu, air merupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui tetapi boleh diberikan
rawatan dan digunakan semula kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Kita sebagai
manusia yang telah diberikan akal untuk berfikir perlulah menggunakan air
dengan secukupnya dan tidak melakukan sebarang pembaziran kerana pembaziran
akan memberikan kesan kepada kita pada masa akan datang. Oleh itu, sebelum nasi
menjadi bubur, sama-samalah kita memupuk beberapa langkah dan cara untuk
memberikan kesedaran kepada diri sendiri dan orang lain tentang bagaimana untuk
menggunakan air dengan secukupnya dan seminimum yang boleh.
| Setiap titisan air itu sungguh berharga. |
2.0 Kepentingan sesi
Pada hemat saya, sesi ini sangat penting kepada semua manusia kerana sesi ini mampu memberikan kesedaran kepada semua pihak mengenai kepentingan menggunakan air dengan berjimat cermat. Hal ini demikian kerana sumber air pada masa kini terlalu kurang dan kurang selamat untuk digunakan. Oleh yang demikian, kita perlulah mengambil beberapa langkah yang produktif lagi efektif bagi memastikan sumber air dapat digunakan dengan lebih baik. Selain itu, sesi ini juga penting untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar di setiap kampus untuk mengaplikasikan beberapa langkah yang dicadangkan untuk dijalankan di kampus masing-masing. Hal ini kerana kita perlulah melakukan suatu perubahan bermula dari diri sendiri, seterusnya kepada keluarga kita, rakan-rakan kita dan orang lain di luar sana. Jika kita mampu memberi pengaruh yang positif kepada keluarga dan rakan, sudah mampu kita dapat membantu insan di luar sana yang perlu diberikan kesedaran mengenai keadaan air di negara kita ini.Tambahan lagi, sesi ini juga dapat memberikan peluang kepada setiap orang untuk berkongsi beberapa langkah yang telah dilaksanakan di kampus masing-masing untuk diimplementasikan di kampus yang lain jika bersesuaian. Dalam hal ini, beberapa pembentangan telah dibuat untuk melaksanakan beberapa perkongsian daripada setiap kampus dan beberapa langkah yang diperoleh yang efisien boleh dilaksanakan di kampus masing-masing untuk menjimatkan lagi penggunaan air yang semakin berkurangan ini.
3.0 Awareness Raising points
Sepanjang sesi
seminar YESCP ini dijalankan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan
mengenai cara untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan air di setiap
kampus. Salah satu daripadanya ialah pemasangan botol plastik yang diisi dengan
batu-batu kecil untuk diletakkan di dalam pam tandas. Hal ini demikian kerana
setiap kali air yang dipamkan semasa seseorang menarik pam tandas tersebut,
sebanyak 1 liter air akan digunakan secara sekaligus. Dalam hal ini,jumlah air
yang digunakan terlalu banyak dan kurang sesuai jika dibazirkan begitu sahaja. Oleh
yang demikian, pemasangan botol plastik di dalam pam tandas dapat mengurangkan
jumlah air yang digunakan setiap kali pam tandas digunakan. Setiap kampus
disyorkan untuk menjalankan perkara ini untuk memupuk kesedaran para pelajar
mengenai kepentingan air dala kehidupan seharian.Selain itu, setiap kali memberus gigi
mahupun menggunakan air di dalam tandas, setiap orang perlulah mematikan pili
air tersebut apabila sudah tidak digunakan. Hal ini demikian kerana kadang kala
ada insan yang kurang menghargai kewujudan air dan telah menggunakan air secara
berlebihan dan membazirkannya. Apabila sudah ketiadaan air, baru tahu untuk
mengeluh dek kerana kesan perbuatannya yang terdahulu. Oleh yang demikian,
kesedaran dapat dipupuk melalui nota-nota yang ditampal di setiap tandas untuk
memberi peringatan kepada semua pihak untuk mematikan air bila tidak digunakan.
Sebagai contoh, meletakkan notis di setiap sinki untuk mematikan pili air
semasa memberus gigi dan sekiranya tidak menggunakan air.
![]() |
| Menggunakan air yang minima semasa memberus gigi. |
![]() |
| Mandi secukupnya. |

